Ejakulasi pramatang atau masalah ‘pancut awal’ adalah satu keadaan kesihatan di mana lelaki terlalu mudah atau cepat memancutkan air mani semasa melakukan hubungan kelamin. Ia adalah antara ketidakfungsian fungsi seksual lelaki yang paling kerap terjadi. Ia boleh mengakibatkan ketidakpuasan kepada kedua-dua pasangan atau salah seorang dari pasangan ketika hubungan seks dijalankan.
Apa punca masalah pancut awal berlaku?
Punca pancut awal boleh disebabkan oleh faktor emosi/psikologi atau biologi atau kedua-duanya sekali.
Faktor Psikologi
Punca psikologi termasuk:
- Masalah kemurungan
- Trauma daripada pengalaman seksual yang menyakitkan dengan pasangan terdahulu atau kesan pernah mengalami gangguan seksual
- Kurang keyakinan diri dan rasa tubuh badan tidak cukup baik
- Kerisauan mengenai masalah mati pucuk
- Stres dan pelbagai masalah mental yang lain
Faktor Biologi
Punca biologi termasuk:
- Paras hormon yang tidak seimbang atau stabil
- Kecederaan atau masalah sistem saraf
- Penggunaan ubat atau dadah
- Paras serotonin yang rendah
- Kondisi abnormal yang mempengaruhi sistem ejakulatori
- Masalah Tiroid
- Keradangan atau jangkitan kepada organ reproduktif, khususnya bahagian prostat atau uretra
- Diabetes dan/atau penyakit jantung
Kepentingan merawat masalah pancut awal bagi lelaki
Masalah ejakulasi pramatang adalah antara penyakit yang umum di kalangan lelaki namun jarang diperkatakan. Pesakit tidak perlu menahan atau ‘derita dalam sepi’ dek kerana malu untuk mendapatkan pandangan dan rawatan yang tepat daripada pihak doktor, seolah-olah masalah ini sesuatu yang taboo atau malu untuk dibahaskan.
Namun, adalah penting untuk memahami bahawa merawat masalah pancut awal lelaki adalah langkah bijak dan mempunyai kepentingan yang signifikan. Antara kebaikannya ialah:
- Membina keselarasan dalam hubungan
- Mengurangkan tekanan emosi yang berkaitan dan meningkatkan kesejahteraan psikologi
- Menjaga kesihatan seksual lelaki secara keseluruhan
Cara mengatasi masalah pancut awal
Terdapat beberapa langkah penting untuk mengatasi masalah ejakulasi pramatang. Antaranya adalah dengan berjumpa doktor profesional yang boleh memberikan pandangan dan rawatan yang sesuai berdasarkan punca dan faktor yang berkaitan.
Selain itu, ubat tahan pancut awal yang lulus KKM boleh menjadi pilihan. Ubat ini dapat membantu melambatkan ejakulasi dan meningkatkan prestasi seksual. Di Him Clinic, kami menyediakan konsultasi percuma dan rawatan yang selamat untuk membantu anda mengatasi masalah ini.
Dapatkan rawatan untuk melambatkan pancut awal di Him Clinic
Him Clinic menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan sesuai dengan keadaan anda untuk membantu mengatasi para lelaki di Malaysia. Jadi, jangan ragu-ragu untuk hubungi kami dan dapatkan konsultasi percuma.
Doktor profesional kami akan memberikan pandangan yang tepat dan membantu anda mencari penyelesaian yang sesuai untuk masalah ejakulasi pramatang anda.